top of page
puspajawhar.png
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Twitter Icon
pj_plain_transparent.png

MENGENAI PUSPA JAWHAR

PUSPA JAWHAR adalah singkatan nama bagi pusat pendidikan awal JAWHAR menyediakan perkhidmatan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas (autisme) dan juga yang menghadapi permasalahan pembelajaran pada tahap umur 4 sehingga 8 tahun.

 

JAWHAR CARE CENTRE yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan aktiviti untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak mengikut domain perkembangan seperti sosio-emosi, urus diri, komunikasi, tingkah laku, motor halus dan kasar serta kognitif. Selain itu, kanak-kanak didedahkan kepada aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan serta mampu menerima perubahan secara perlahan-lahan. Aktiviti ini juga merangkumi khidmat sokongan dan latihan kemahiran kepada ibu bapa/penjaga demi memperkasakan mereka dalam memberi didikan kepada anak-anak ini.

 

Pusat ini yang terletak di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Selangor dikendalikan oleh pendidik-pendidik yang terlatih dan berpengalaman dari Makmal Pembelajaran Autisme Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat GENIUS Kurnia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

​

Pusat ini telah beroperasi sejak dari 1 Julai 2020. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun namun kemasukan adalah terhad bergantung kepada kekosongan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

​

Talian Hotline & WhatsApp 

+6013.379.0023

 

Email 

puspajawhar@gmail.com / jawharcarecentre@gmail.com

​

Pendaftaran

daftar jawhar

  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black Twitter Icon
Mengenai Jawhar

© 2023 by puspajawhar.com

proudly designed & created by jawhar care centre

bottom of page